Penghidupan Semula Waris Kekasihku_Seru

Marissa dan Rashad jatuh cinta lalu mereka berdua berkahwin. Selepas perkahwinan mereka, Suri, Ayu, Rashad dan Marissa berpindah ke rumah Norin semula dan tinggal bersama. Suri menugaskan seorang jururawat untuk menjaga Ayu, tetapi sebenarnya Ayu hanya berpura-pura seperti orang sakit. Ayu masih tidak boleh lupakan Waris. Ayu menunggu untuk menghidupkan balik Waris dengan menggunakan mantera iblis yang dicipta pada tahun 1900. Selepas beberapa bulan, Marissa mengandung dan dibawa ke hospital untuk bersalin. Sementara Marissa sedang melahirkan anaknya di hospital bersama Rashad, Ayu membunuh jururawat tersebut untuk dijadikan sebagai nyawa mengganti demi menghidupkan balik Waris. Mas Ayu mencari balik kubur asal Waris dengan membawa darah jururawat bersamanya lalu membaca mantera iblis. Akhirnya, Waris berjaya dihidupkan semula pada kali kedua dan pada masa yang sama Marissa melahirkan anak kembar di hospital.